Thursday, August 6, 2009

Interaksi ke-5( Ujian Sumatif)

Penilaian Sumatif

Sebahagian besar penilaian di institusi pengajian tinggi melibatkan ujian pensel dan kertas. Penilaian ini kebiasaannya membawa peratusan yang besar terutama bagi program pra siswazah. Peratusan yang diamalkan dalam penilaian sumatif kebiasaannya berada dalam lingkungan 50% – 70%. Pemberatan penilaian sumatif bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh fakulti. Bagi menghasilkan ujian sumatif yang bermutu yang berkualiti, lima langkah perlu diambil kira seperti berikut:

• Merancang ujian
• Menggubal soalan
• Memilih dan menyelaraskan soalan
• Memprauji soalan
• Menyediakan kertas soalan

Merancang Ujian

Proses yang penting dalam merancang ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Pada tahap ini, kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan pentingnya setiap tajuk/subtajuk dalam kandungan sukatan pelajaran berkenaan. Antara aspek yang perlu dianalisis termasuklah yang berikut:

a) Liputan dan dalamnya kajian yang dibuat bagi sesuatu tajuk
b) Pendekatan dalam mempelajari sesuatu tajuk
c) Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain
d) Bagaimana kompleksnya sesuatu tajuk
e) Masa pengajaran-pembelajaran yang perlu bagi sesuatu tajuk

Maklumat di atas penting kepada penggubal soalan kerana maklumat itu menentukan sifat ujian dari segi bilangan soalan yang perlu dimasukkan untuk setiap tajuk/subtajuk.

Di samping itu, analisis perlu juga dibuat terhadap objektif pendidikan yang diasaskan pada taksonomi pendidikan yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom. Huraian mengenai pelbagai tahap Taksonomi Bloom adalah seperti dalam Jadual 4.1.

Berdasarkan analisis inilah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dirangka. Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat kemahiran. JSU ini akan menetapkan bilangan soalan yang perlu diuji bagi setiap tajuk/subtajuk pada setiap peringkat kemahiran. JSU yang lengkap dibina akan menjadi panduan kepada penggubal soalan. Jika JSU dipatuhi dengan teliti, maka ujian yang dibina adalah:

a) sah dari segi kandungan sukatan pelajarannya,
b) stabil dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya dari setahun ke setahun,
c) sama dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya walaupun ujian dibina oleh orang yang berlainan.











Jadual 4.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

TAHAP ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan,
namakan, labelkan.
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,
tulis semula.

Penggunaan
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik
Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Menggubal soalan

Langkah ini dilakukan oleh pakar-pakar dalam mata pelajaran berkenaan. Penggubal perlu menulis soalan berdasarkan JSU dari segi kandungan dan kemahiran yang hendak diuji. Soalan hendaklah ditulis berpandukan kepada prinsip penulisan soalan. Secara umumnya, kriteria yang perlu ada pada seseorang penggubal ialah:
a) menguasai isi kandungan silibus, termasuklah kesedaran tentang sebarang kesukaran yang dihadapi oleh pelajar untuk menguasai mata pelajaran, kesedaran tentang kekeliruan atau kesilapan yang lazim dibuat oleh pelajar (penting untuk membina distraktor dalam soalan aneka pilihan), dan kesedaran tentang kesukaran bandingan antara tajuk- tajuk yang ada. Kesedaran itu penting kerana sampel soalan perlu didasarkan pada kesukaran bandingan yang ada supaya kertas soalan tidak menjadi terlalu mudah atau terlalu susah,
b) mempunyai objektif pendidikan yang rasional supaya dapat membezakan antara perkara yang penting diketahui oleh pelajar dengan perkara yang remeh-temeh yang tidak perlu diuji,
c) memahami dan menyedari tahap pendidikan pelajar supaya soalan yang dibina dapat disesuaikan dengan kemampuan mental pelajar tanpa menjejaskan standard soalan. Ini penting untuk mengelakkan sebarang perkara yang menimbulkan keraguan atau perkara di luar liputan sukatan pelajaran,
d) mahir dalam perhubungan verbal supaya soalan yang ditulis tepat maknanya secara eksplisit dan implisit dan betul jalan bahasanya; kesilapan tafsiran kerana penggunaan kata-kata atau ungkapan yang kurang tepat dalam soalan esei dapat dibetulkan dengan mengubahsuaikan skema pemarkahan tetapi dalam soalan aneka pilihan, ubahsuaian ini tidak dapat dilakukan,
e) mahir dalam teknik menulis soalan dengan menggunakan imaginasi clan daya cipta sendiri.

Memilih dan menyelaraskan soalan

Soalan (terutamanya soalan aneka pilihan) hendaklah digubal berdasarkan kehendak JSU disemak oleh satu jawatankuasa/panel berdasarkan kriteria yang berikut.
a) Pokok soalan lengkap dan jelas.
b) Tugasan soalan jelas dan terfokus.
c) Soalan dapat digolongkan ke dalam mana-mana satu bidang isi kandungan-kemahiran yang terdapat dalam JSU.
d) Teori, konsep, prinsip yang terlibat adalah arlit kepada pelajar.
e) Laras bahasa sesuai dan tatabahasa betul.
Jawatankuasa/panel juga bertanggungjawab memperbaiki sebarang kesilapan atau kecacatan yang terdapat pada soalan-soalan yang dipilih.

Memprauji soalan

Soalan-soalan yang terpilih disusun mengikut kehendak JSU sehingga menjadi satu set soalan untuk diprauji kepada satu sampel caton. Praujian ini bertujuan untuk mengetahui aras kesukaran dan indeks diskriminasi setiap soalan. Hanya soalan yang mempunyai aras kesukaran yang dibenarkan dan kuasa diskriminasi yang baik sahaja yang dipilih untuk digunakan dalam peperiksaan sebenar .

Menyediakan kertas soalan

Setelah diprauji, soalan-soalan yang bermutu dipilih mengikut bilangan yang ditetapkan oleh JSU untuk dijadikan kertas soalan sebenar. Soalan yang dipilih ialah soalan yang mempunyai aras kesukaran yang sederhana dan mempunyai kuasa diskriminasi yang baik.

Aktiviti.1
Senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil kira oleh seorang pendidik sebelum melaksanakan sesuatu ujian bilik kuliah?

Interaksi ke-5( Ujian Formatif)

Penilaian Formatif

Selain penilaian sumatif, penilaian formatif juga menjadi amalan di institusi pengajian tinggi. Penilaian formatif merupakan penilaian yang dilakukan secara berterusan dalam tempoh sesuatu semester. Pelbagai bentuk penilaian seperti penilaian autentik, penilaian kompetensi, penilaian proses dan produk dan penilaian kemahiran afektif boleh digunakan.

2.1 Penilaian Autentik

Selain prestasi pengajaran pensyarah, prestasi pembelajaran pelajar sangat penting bagi menilai keberkesanan pengajaran di universiti. Banyak jenis kemahiran yang pelajar boleh perolehi semasa pengajaran dan pembelajaran di universiti. Sesetengah kemahiran memerlukan pelajar menguasai maklumat melalui hafalan, mengingat formula, menyebut tarikh peristiwa sejarah dan merumus prinsip. Kemahiran lain memerlukan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran berterusan semasa menyelesaikan sesuatu masalah matematik, diagnos dan membedah pesakit serta merancang dan membina jambatan. Untuk menilai kemahiran berkenaan, pensyarah perlu menggunakan tugasan yang memerlukan pelajar menunjukkan kebolehan melakukan aktiviti yang lebih realistik.

Sebahagian kemahiran pembelajaran pelajar sesuai ditaksir dan diukur dengan menggunakan ujian berasaskan kertas dan pensil. Namun, sebahagian kemahiran khususnya yang melibatkan pertimbangan, pemikiran kritikal dan analitikal serta pembuatan keputusan sesuai ditaksir dengan menggunakan ujian prestasi yang mengukur dan mentaksir kemahiran berkenaan dengan menggunakan teknik dan cara penilaian yang lebih autentik.

2.2 Penilaian Kompetensi

Ujian prestasi boleh digunakan secara berkesan bagi mengukur kompetensi pembelajaran pelajar. Ujian prestasi sering digunapakai dalam bidang penilaian atletik, penyelaman, gimnastik, persembahan sajak, malah permainan muzik dan konsert di mana hakim memberi penilaian pemeringkatan secara langsung.

Pensyarah boleh menggunakan ujian prestasi bagi menilai kompetensi pembelajaran kognitif yang rencam di samping mentaksir sikap dan kemahiran sosial yang dikuasai oleh seseorang pelajar semasa melakukan kemahiran sains, sosial atau matematik. Pensyarah boleh mengadakan situasi yang membolehkan kemahiran pelajar dalam sesuatu tugas dicerap dan diperingkat secara langsung semasa pelajar menganalisis, menyelesaikan masalah, melakukan eksperimen, mengukur dan merekod data, membuat keputusan, berkerjasama dengan rakan pelajar, membentangkan hasil serta menghasilkan sesuatu produk pembelajaran. Situasi sebegini merangsang aktiviti dunia sebenar di luar dewan kuliah dan makmal yang bakal dihadapi oleh pelajar dalam alam pekerjaan dan kehidupan bermasyarakat.



2.3 Penilaian Proses dan Produk

Ujian prestasi boleh juga digunakan secara berkesan bagi mentaksir proses pembelajaran pelajar, hasil pembelajaran pelajar atau kedua-dua proses dan hasil secara serentak. Sebagai contoh, pensyarah bahasa boleh mentaksir proses pembacaan seseorang pelajar dengan cara mengambil peratus perkataan yang dibaca dengan betul semasa pembacaan lisan, bilangan ayat yang dibaca secara bermakna dalam konteks cerita yang dibaca oleh pelajar dan peratus unsur cerita yang boleh dikupas oleh pelajar selepas pembacaan. Seorang pensyarah lain mungkin boleh menilai portfolio hasil penulisan pelajar yang bukan sahaja mengandungi draf akhir penulisan sajak, esei dan biografi malah refleksi pelajar terhadap penulisannya sendiri. Seorang pensyarah matematik boleh mentaksir portfolio hasil usaha pelajarnya dalam menyelesaikan masalah matematik yang mengandungi projek jangka panjang, nota harian, catatan harian tentang masalah ujian matematik yang beliau hadapi, penjelasan bertulis tentang bagaimana mereka menyelesaikan masalah dan penyelesaian masalah yang mereka kemukakan. Pelajar boleh menjawab soalan-soalan tugasan pensyarah dalam pelbagai bentuk sama ada secara individu atau kumpulan melalui tugasan penulisan, tugasan lisan atau pameran.

2.4 Penilaian Berterusan

Selain ujian prestasi yang melibatkan prestasi yang berlaku di luar konteks sesuatu pelajaran dan diselesaikan pada akhir semester atau semasa tempoh peperiksaan, pensyarah boleh menggunakan ujian prestasi sebagai sebahagian daripada proses pengajarannya secara berterusan. Malah sebahagian pendokong ujian prestasi percaya bahawa ujian prestasi amat sesuai dijadikan sebagai sebahagian daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seorang pensyarah kejuruteraan elektrik boleh mencerap dan memeringkat pelajar dalam kaedah yang mereka gunakan untuk menyelesaikan masalah pendawaian, ketelitian semasa mereka melakukan pengukuran arus elektrik dan ketelitian cara mereka merekodkan keputusan. Contoh lain ujian prestasi yang digabungkan dengan pengajaran termasuklah mencerap dan memeringkat pelajar dalam aktiviti menaip sajak, menyediakan power-point bagi persembahan, membaca, menggunakan kalkulator, memberi persembahan lisan, menentukan bagaimana tumbuhan bertindak balas terhadap sesuatu nutrient, membina soal selidik penyelidikan dan menyelesaikan masalah matematik.

Ujian prestasi yang dibina dengan baik boleh dijadikan sebagai aktiviti pengajaran dan juga pentaksiran. Ujian prestasi seperti ini memberikan maklumbalas segera kepada pensyarah semasa pengajarannya tentang bagaimana pelajar melaksanakan tugasan yang meneguhkan proses latih tangan (hands-on) pengajaran dan pembelajaran di samping memberi ruang kepada pelajar untuk menggarap kepentingan kaitan antara pengajaran dan pengujian. Dengan cara ini, pengajaran pensyarah boleh dipertingkatkan dari tingkahlaku pelajar peringkat rendah ke tingkahlaku peringkat tinggi yang lebih autentik.

2.5 Penilaian Afektif

Pensyarah boleh menggunakan ujian prestasi bagi menilai kemahiran afektif dan sosial pelajar. Ujian prestasi bukan sahaja boleh digunakan untuk menaksir kemahiran kognitif peringkat tinggi malah boleh digunakan bagi mentaksir hasil pembelajaran bukan kognitif seperti arah kehidupan pelajar, kebolehan berkerja dengan orang lain dan kesedaran sosial pelajar. Ujian prestasi seperti ini sangat berguna bagi mentaksir kemahiran prestasi bagi pelbagai tugas yang rencam yang melibatkan pelbagai kebolehan mengingat maklumat, membina konsep, membuat generalisasi dan menyelesaikan masalah di samping mempamerkan tabiat pemikiran dan tingkahlaku individu yang dikenali sebagai kemahiran interpersonal atau sosial yang amat ditekankan dalam pendidikan universiti dewasa ini,

Sebagai rumusan, ujian prestasi merupakan teknik alterntif bagi mengukur dan menilai keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran di universiti. Sekiranya dibina dengan betul, ujian prestasi boleh mentaksir secara cekap kemahiran pemikiran pelajar yang rencam serta kemahiran sosial mereka. Ujian prestasi boleh dilakukan melalui penggunaan disertasi, kajian kes, projek, portfolio, bengkel, seminar dan oral yang dilakukan oleh pelajar. Setiap cara penilaian alternatif ini boleh digunakan mengikut matlamat penilaian pengajaran dan pembelajaran sesuatu kursus. Setiap cara penilaian alternatif ini mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Penggunaannya juga memerlukan kemahiran yang berbeza yang lebih mendalam dan tidak mampu dijelaskan dalam modul asas ini.

Aktiviti 2
Fikirkan satu tajuk suatu kursus yang anda ajar. Bagaimanakah anda boleh melakukan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran anda dan pembelajaran pelajar tentang tajuk berkenaan secara autentik dengan menggunakan ujian prestasi terhadap kompetensi pelajar, ujian prestasi terhadap proses dan produk pembelajaran serta ujian prestasi terhadap aspek afektif dan sosial pelajar secara berterusan.


3 Jenis Soalan

Pada prinsipnya soalan ujian perlu dibina dengan sistematik dan jelas agar matlamat untuk memperoleh bukti markat yang sahih dan dipercayai bagi tujuan penilaian pengajaran dicapai. Pensyarah perlu mengaplikasikan prinsip dan teknik penggubalan dan penyediaan soalan ujian yang bermutu. Pensyarah seharusnya berupaya menggubal soalan-soalan objektif dan soalan esei yang bermutu. Bagi tujuan penggubalan soalan, pemahaman terhadap pengertian kata tugas yang akan digunakan bagi penggubalan kedua-dua bentuk soalan objektif dan soalan esei sangat perlu bagi memastikan soalan bukan sahaja jelas, malah tepat mengukur sesuatu objektif pengajaran. Dengan memahami persamaan dan perbezaan serta kekuatan dan kelemahan kedua-dua teknik soalan serta kata tugas yang sesuai digunakan, anda seharusnya berupaya menggubal sesuatu soalan berasaskan kesesuaiannya dengan penilaian yang akan anda gunakan untuk menilai keberkesanan pengajaran anda.

3.1 Soalan Ujian Jawapan Dipilih

Ujian boleh dikelaskan mengikut jenis gerak balas yang kita inginkan dari pelajar. Pada umumnya terdapat ujian jenis gerak balas pelajar iaitu ujian jawapan dipilih yang juga dikenali sebagai ujian objektif dan ujian jawapan bina yang dikenali sebagai ujian subjektif. Jenis jawapan dipilih memerlukan pelajar memilih jawapan daripada pilihan jawapan yang diberi oleh pensyarah. Pensyarah bukan sahaja perlu menyediakan soalan, malah perlu menyediakan jawapan yang paling tepat bagi soalan berkenaan beserta pengacau-pengacaunya. Di antara ujian jenis jawapan dipilih yang sering digunakan ialah jenis soalan salah benar, pemadanan dan aneka pilihan. Sebagai pensyarah, anda perlu menggunakan jenis soalan yang sesuai dengan keperluan objektif pengajaran anda.

a) Soalan Salah-Benar

Soalan jenis Salah-Benar menghendaki pelajar menyatakan sama ada sesuatu kenyataan yang dikemukakan benar atau salah. Soalan jenis ini mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, soalan jenis salah benar menguji banyak kandungan dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji, memerlukan masa pembinaan soalan yang sedikit dan juga memerlukan masa pemarkatan jawapan yang pendek. Namun, kelemahan utamanya ialah soalan jenis ini lebih menekankan ingatan pelajar daripada mengembangkan daya intelek mereka, terhad kepada jawapan benar atau salah dan mempunyai kebarangkalian tekaan yang tinggi. Sekiranya seseorang pelajar tidak tahu isi yang diuji atau tidak mempelajari pelajaran berkenaan, peluang untuk beliau menjawab dengan benar adalah tinggi iaitu 50 peratus.

b) Pemadanan

Soalan jenis pemadanan menghendaki pelajar memadankan sesuatu ciri dengan gagasan, konsep atau prinsip yang berkaitan. Soalan bentuk pemadanan mudah dibina dan dimarkat serta sesuai untuk menguji kefahaman pelajar dalam mengaitkan antara fakta ciri yang dinyatakan dengan gagasan, konsep atau prinsip yang berkaitan. Soalan pemadanan juga mempunyai kebarangkalian tekaan jawapan benar yang rendah bergantung kepada bilangan pilihan yang diberi.

Bagaimanapun, soalan pemadanan cenderung untuk bertanya maklumat yang remeh-temeh. Kesukaran juga sering berlaku apabila terdapat bilangan pilihan padanan yang banyak. Kebanyakan borang jawapan komersial mempunyai ruang jawapan yang terhad bagi sesuatu soalan. Sekiranya bilangan pilihan padanan banyak, penggunaan borang OMR tidak sesuai. Kebiasaannya terhad kepada lima pilihan jawapan.

Justeru itu, arahan soalan pemadanan mestilah jelas. Soalan-soalan pada setiap set hendaklah serupa dari segi isi yang diuji. Susunan soalan perlu diteliti agar kenyataan ciri-ciri sesuatu pilihan yang biasanya menggunakan ayat yang lebih panjang disenaraikan dahulu sebelum mengemukakan pilihan jawapan yang biasanya menggunakan perkataan pendek. Para pensyarah juga perlu mengelakkan bilangan kenyataan sama dengan bilangan pilihan jawapan bagi mengurangkan tekaan. Kita juga boleh mengurangkan kebarangkalian tekaan dengan memaklumkan kepada pelajar bahawa setiap pilihan yang diberi boleh digunakan lebih daripada sekali.





c) Pelbagai Pilihan

Soalan pelbagai atau aneka pilihan menghendaki pelajar memilih jawapan yang paling tepat daripada beberapa pilihan jawapan bagi soalan yang dikemukakan. Justeru itu, soalan jenis pelbagai pilihan bukan sahaja mengandungi satu pilihan jawapan yang benar tetapi juga mengandungi pengacau.

Pengacau adalah pilihan jawapan yang salah. Pengacau dibina untuk mengelirukan pelajar. Walaupun salah, pengacau perlu dibina dengan berkesan supaya ianya memainkan peranan sebagai pengacau yang berkesan dan seterusnya mengelakkan pemilihan jawapan tekaan.

Banyak kelebihan soalan pelbagai pilihan. Soalan pelbagai pilihan boleh digunakan untuk menguji pelbagai tahap objektif pengajaran dari aras pengetahuan ke penilaian untuk domain kognitif hingga ke pelbagai aras domain afektif dan psikomotor. Ujian jenis ini membolehkan pelajar membezakan tahap ketepatan jawapan. Ujian pelbagai pilian juga boleh menguji banyak kandungan pelajaran. Pemarkatan ujian ini juga sangat objektif sehingga jenis pelbagai pilihan sering dikenali sebagai “soalan objektif”. Analisis soalan seperti analisis diskriminasi dan kesukaran mudah dilakukan.

Namun, ujian pelbagai pilihan mempunyai kelemahan. Pembinaan soalan dan pilihan jawapan bagi jenis ujian ini memakan tenaga dan masa. Sekiranya soalan ujian pelbagai pilihan tidak ditulis dengan baik dan sempurna, kemungkinan terdapat beberapa pilihan jawapan yang benar. Kebarangkalian tekaan tinggi (25 peratus) sekiranya bilangan pilihan jawapan 4 dan menurun kepada 20 peratus sekiranya bilangan soalan 5.


d) Pelengkap

Soalan pelengkap menghendaki pelajar melengkapkan ayat atau rumusan sesuatu kenyataan. Soalan pelengkap boleh jadi berbentuk jawapan dipilih sekiranya pilihan jawapan untuk melengkapkan sesuatu ayat atau kenyataan diberi. Soalan pelengkap boleh menjadi berbentuk soalan jawapan dibina sekiranya pilihan jawapan tidak diberi.

Soalan jawapan pelengkap mudah dibina dan ditulis. Soalan jenis ini juga boleh menampung lebih banyak kandungan berbanding dengan soalan pelbagai pilihan kerana jawapan soalan pelengkap mudah ditulis. Di samping itu, soalan pelengkap berupaya mengelak tekaan kerana soalan jenis ini memerlukan daya ingatan yang tinggi. Namun jawapan tekaan tinggi sama ada pilihan jawapan diberi atau tidak oleh penggubal soalan.

Kelemahan utama soalan pelengkap ialah ianya menggalak jawapan aras rendah yang tidak sesuai untuk objektif aras tinggi. Soalan jenis ini sesuai untuk mengukur ingatan, fakta, nama, tempat dan peristiwa khusus dan tidak sesuai untuk tingkah laku rencam seperti pemikiran kreatif dan bercapah. Di samping itu, soalan pelengkap sangat sukar dimarkat sekiranya soalan tidak disertakan dengan pilihan jawapan yang benar.

Aktiviti 3
a. Perhatikan jenis-jenis format soalan ujian yang pernah anda lalui. Pada pandangan anda, jelaskan apakah kelebihan dan kelemahan ujian soalan aalah-benar, soalan pemadanan, soalan pelbagai atau aneka pilihan, soalan pelengkap dan soalan esei?
b. Sepanjang anda menjadi pensyarah, kenalpasti berapa peratuskah nisbah di antara soalan ujian jawapan dipilih dan jawapan dibina. Bagi soalan jawapan dipilih yang anda gunakan, berapa peratuskah jenis soalan salah benar, pemadanan, pelbagai pilihan dan pelengkap. Berikan sebab mengapa sedemikian.


Teknik Pembinaan Soalan Jawapan Dipilih

Soalan jawapan dipilih ialah soalan yang menghendaki pelajar memilih jawapan yang paling tepat dari senarai pilihan-pilihan jawapan. Pensyarah bukan sahaja perlu mengemukakan soalan malah perlu menyediakan jawapan yang benar berserta pilihan-pilihan jawapan yang bertindak sebagai pengacau. Soalan jawapan dipilih boleh juga dalam bentuk sumbangan pelajar seperti jenis mengisi tempat kosong. Soalan jenis jawapan dipilih mempunyai aras keobjektifan yang tingggi kerana soalan ini memerlukan pelajar memberi jawapan yang tepat dan ringkas yang dapat diperiksa dengan tepat, mudah dan serupa.

a) Pokok Soalan

Pokok soalan ialah kenyataan yang merujuk kepada sesuatu masalah atau isu khusus. Sebagai contoh: Apakah pengertian pengujian? Di sini pokok soalan ialah pengertian pengujian. Pokok soalan mestilah jelas. Gunakan bahasa yang ringkas, tepat dan mudah difahami. Elakkan dari mengemukakan soalan berbentuk negatif. Sekiranya perlu, tonjolkan perkataan negatif dengan mengaris, mencondong atau membesarkan perkataan berkenaan.

b) Pilihan Jawapan

Pilihan jawapan perlu bersesuaian dengan pokok soalan. Sebagai contoh, jika pokok soalan menghendaki pelajar menjawab dengan ayat sebagaimana contoh soalan apakah pengertian pengujian, pilihan jawapan yang diberi mestilah ditulis dengan menggunakan ayat. Sebaliknya sekiranya pokok soalan menghendaki pelajar menjawab dengan angka seperti soalan penyelesaian masalah matematik, pilihan jawapan mestilah dalam bentuk angka.

Oleh kerana pelajar dikehendaki memilih hanya satu pilihan yang paling tepat sebagai jawapan yang benar, pilihan-pilihan jawapan yang dikemukakan mestilah saling eklusif dan habisan. Saling eksklusif bermaksud tidak berlaku tindanan pilihan-pilihan jawapan. Habisan pula bermaksud semua kemungkinan jawapan diberi.

Satu kelemahan utama soalan jawapan dipilih ialah ianya mempunyai kebarangkalian tekaan yang tinggi. Sekiranya terdapat hanya dua pilihan jawapan, kebarangkalian jawapan benar berasaskan tekaan ialah 50 peratus. Sekiranya terdapat 4 pilihan jawapan, kebarangkalian tekaan ialah 25%. Bagi mengelakkan jawapan benar semata-mata kerana tekaan dan bukannya penguasaan pelajar, kita digalakkan untuk menyediakan sebanyak mungkin pilihan jawapan.

Memandangkan hanya ada satu sahaja pilihan yang benar, pilihan-pilihan lain adalah salah. Pilihan-pilihan lain yang salah bertindak sebagai pengacau. Sebagai pengacau, pilihan lain perlu memainkan peranan sebagai pengacau yang berkesan. Bukanlah menjadi matlamat mengadakan pilihan-pilihan lain semata-mata bagi memenuhi kuota pilihan jawapan. Justeru itu, pilihan yang tidak berperanan sebagai pengacau yang berkesan seperti “semua di atas benar”, “semua di atas salah” dan “tiada jawapan” bukanlah pilihan yang berkesan.

Aktiviti 4
Berdasarkan pengalaman anda membina soalan ujian jawapan dipilih yang dikenali sebagai soalan objektif, jelaskan apakah kelebihan dan kelemahan menggunakan soalan ujian jawapan dipilih? Sekiranya diberi pilihan, bentuk soalan ujian yang manakah yang anda lebih gemar membinanya? Bina satu soalan jawapan dipilih bagi satu tajuk yang anda ajar dengan menggunakan pokok soalan dan pilihan jawapan berserta pengacau yang sesuai.

3.2 Soalan Ujian Jawapan Dibina

Soalan ujian jenis jawapan dibina memerlukan pelajar membekalkan sendiri jawapan berdasarkan kepada soalan yang dikemukakan. Soalan ujian jawapan dibina biasanya berbentuk soalan esei menghendaki pelajar membina sendiri jawapan berasaskan soalan yang diberi. Tidak seperti soalan jawapan dipilih yang mengundang tekaan jawapan, soalan jawapan dibina memerlukan pelajar bukan sahaja pandai membaca dan memahami soalan, malah berupaya merangka, membina, menulis dan mengarang dengan baik jawapannya. Ringkasnya, soalan ujian esei memerlukan kemahiran komunikasi khususnya komunikasi tulisan yang tinggi. Justeru itu, soalan esei merupakan cara berkesan untuk menguji dan menilai hasil pembelajaran yang rencam.

Berikut adalah panduan bagi menyediakan soalan esei jawapan dibina. Soalan ujian esei mestilah ringkas dan objektif. Semua soalan yang dikemukakan mestilah dijawab oleh semua pelajar. Pemilihan soalan untuk dijawab tidak seharusnya berlaku kerana setiap soalan dikemukakan berdasarkan objektif dan kandungan pelajaran. Arahan menjawab mestilah jelas dan pemarkahan bagi setiap soalan perlu telus diberitahu kepada pelajar.

Berikut diberikan jenis-jenis soalan penilaian proses yang sesuai diuji dengan menggunakan ujian esei memandangkan soalan esei sesuai untuk menguji hasil pembelajaran yang melibatkan proses yang rencam.
a. Soalan menekankan perbezaan dan perbandingan.
b. Soalan menekankan sokongan dan bantahan
c. Soalan penggunaan prinsip bagi situasi khusus
d. Soalan menekankan pengkelasan ciri sesuatu konsep
e. Soalan menekankan hubungan sebab musabab
f. Soalan membincangkan contoh atau ilustrasi
g. Soalan bertujuan untuk pemilihan bahan
h. Soalan menekankan kritikan terhadap kesempurnaan, kesesuaian situasi, kenyataan atau gambar rajah
i. Soalan menekankan pentaksiran atau inferens berdasarkan data
j. Soalan menekankan perbincangan
k. Soalan membincangkan garis panduan
l. Soalan penjelasan atau definisi
m. Soalan yang memerlukan pelajar mengingat kembali fakta
n. Soalan menekankan rumusan atau ringkasan
o. Soalan membincangkan hasil cerapan

Terdapat kelemahan soalan ujian esei. Sampel kandungan yang diuji adalah terhad. Jawapan pelajar sukar dimarkat. Markat yang diberi kurang dipercayai berbanding dengan markat bagi ujian jenis jawapan dipilih. Sering kali juga berlaku pensyarah tertipu dengan jawapan yang panjang dan ditulis dengan cantik sedangkan isinya tidak sesuai dengan soalan yang dikemukakan.

Pensyarah boleh meningkatkan mutu ujian berbentuk esei. Antara tindakan yang boleh dilakukan oleh pensyarah ialah:

a. Gunakan ujian berbentuk esei sekiranya tujuan adalah untuk menilai proses pengajaran dan pembelajaran.
b. Menghadkan pernyataan soalan supaya jawapannya ringkas dan berkait dengan sesuatu objektif atau fungsi yang lebih khusus.
c. Menghendaki semua pelajar menjawab semua soalan yang sama.
d. Memastikan pelajar memahami apa yang mereka perlu lakukan untuk menjawab soalan.
e. Memastikan pelajar jelas bagaimana pemarkahan jawapan akan dilakukan.
f. Teknik Menggubal Soalan Jawapan Dibina

Soalan esei jawapan dibina ialah soalan yang memerlukan gerak balas berbentuk sumbangan pelajar. Pensyarah menyediakan soalan dan pelajar membina sendiri jawapannya. Soalan jawapan dibina terdiri daripada soalan yang memerlukan jawapan pendek iaitu tindak balas terhad atau memerlukan jawapan panjang iaitu tindak balas tidak terhad.

Aktiviti 5
Bina tiga soalan yang berkait dengan bidang pengajaran anda dengan menggunakan teknik soalan jawapan dibina.

3.3 Kata Tugas Soalan Ujian

Kata tugas adalah perkataan yang digunakan bagi memberi arahan kepada pelajar bagaimana menjawab sesuatu soalan. Arahan yang jelas sangat penting bukan sahaja kepada pensyarah yang membina soalan malah kepada pelajar yang akan menjawab soalan. Kata tugas yang sesuai sangat perlu bagi memastikan sesuatu objektif pengajaran dinilai dengan tepat. Kata tugas yang sesuai juga sangat penting bagi memastikan setiap pelajar dapat menjawab sesuatu soalan yang dikemukakan dengan benar sebagaimana yang diharapkan oleh penilai. Para pensyarah dan pelajar harus memahami makna kata tugas yang biasa digunakan dalam pengujian di bilik kuliah dan makmal supaya penilaian pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan berkesan.

Jadual 4.2 di bawah menjelaskan kata tugas dan jawapan yang diharapkan dari penggunaan kata tugas berkenaan yang sering digunakan bagi membina soalan ujian .

Takrifan kata tugas soalan ujian

1. Kata Tugas -Jawapan yang diharapkan dari pelajar
2. Analisis -Mencerakinkan sesuatu kepada bahagian atau unit dan menghuraikan dengan terperinci dan jelas
3. Anggarkan -Memberi nilai kuantitatif berdasarkan pengiraan atau pertimbangan
4. Apakah -Memberi maklumat yang khusus atau spesifik
5. Bagaimanakah- Memerihal atau memberi penerangan tentang proses, cara, keadaan, langkah atau kejadian
6. Bandingkan -Memberi persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara yang dirujuk
7. Berapakah -Memberi kuantiti
8. Bezakan -Memberi kelainan atau ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara
9. Bilakah -Menyatakan masa sesuatu peristiwa berlaku
10. Binakan -Melukis rajah atau sesuatu perkara dengan menggunakan prinsip, kaedah atau alat
11. Bincangkan- Memberi pandangan dari pelbagai aspek secara kritis tentang baik-buruk, pro-kontra atau pengaruh
12.Buktikan- Menyatakan kebenaran dengan fakta atau contoh
13. Cadangkan- Mengemukakan sesuatu idea atau pendapat
14. Carikan -Memberi jawapan dengan mengenal pasti bukti, tanpa atau dengan hitungan ringkas
15. Cerakinkan- Menghuraikan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil
16. Deduksikan- Membuat rumusan atau kesimpulan berdasarkan sesuatu perkara
17. Fokuskan- Menumpukan kepada sesuatu aspek
18. Gariskan- Memberi ciri-ciri penting sesuatu proses secara umum
19. Hitungkan- Memberi jawapan melalui kaedah pengiraan
20. Huraikan- Memperihalkan sesuatu perkara dengan teratur dan terperinci dengan memberi sebab atau alasan
21. Ilustrasikan- Menjelaskan dengan contoh, gambar atau rajah
22. Jadualkan- Membuat susunan perkara yang diatur mengikut aspek yang ditentukan
23. Jelaskan- Memberi keterangan tentang sesuatu supaya mudah difahami
24. Kelaskan- Mengasingkan sesuatu perkara kepada beberapa kumpulan mengikut prinsip atau ciri tertentu
26. Kemukakan- Memberi pendapat sama ada menyokong atau membangkang
27. Kenal pasti- Menunjukkan sesuatu berdasarkan fakta atau rangsangan yang diberi
28. Lakarkan- Melukis rajah, gambar atau graf secara kasar tanpa skala yang tepat dan terperinci
29. Lorekkan- Melukis dengan garisan atau corengan apda kawasan, rantau atau ruangan
30. Lukiskan- Membuat rajah carta, gambar, graf atau bentuk dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau skala yang tepat dan terperinci
31. Mengapakah- Memberi sebab atau alasan
32. Namakan- Memberi panggilan atau sebutan bagi sesuatu perkara, bahagian, komponen, proses atau alat
33. Nilaikan- Memberi pandangan, pegangan, kepercayaan atau timbangtara berdasarkan kriteria yang digunapakai
34. Nyatakan- Memberi fakta tanpa huraian atau sokongan
35. Ramalkan- Membuat atau menyatakan jangkaan sesuatu yang akan berlaku berdasarkan fakta
36. Rekodkan- Mencatat dapatan kajian, eksperimen, pemerhatian atau cerapan mengikut format tertentu
37. Sarankan- Mengemukakan sesuatu idea atau pendapat
38. Sejauhmana- Menilai peranan sesuatu faktor dalam sesuatu proses berbanding dengan faktor lain
39. Senaraikan- Menyatakan fakta atau pernyataan dalam bentuk mata atau senaraian tanpa huraian
40. Siapakah- Mengenal pasti individu dalam konteks dinyatakan
41. Susunkan- Mengatur mengikut tertib yang ditentukan
42. Syorkan -Mengemukakan sesuatu idea atau pendapat
43. Tafsirkan- Menerangkan maksud kenyataan dengan terperinci
44. Takrifkan- Memberi takrifan istilah atau kenyataan yang diberi
45. Tentukan- Memberi kenyataan berdasarkan proses atau alasan
46. Tentusahkan- Mengesahkan sesuatu dengan memberi bukti
47. Terangkan- Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab
48. Ukurkan- Memberi kuantiti dengan unit pengukuran
49. Ulas- Memberi pandangan, pendapat, komen atau kritikan berasaskan fakta dengan tujuan merumus





Aktiviti 2.6
Kenalpasti satu tajuk yang anda ingin ajar di bilik kuliah dan makmal. Senaraikan objektif pengajaran anda. Berasaskan kepada objektif pengajaran, buat keputusan tentang perkara berikut:

a. Kenalpasti apakah jenis soalan yang sesuai anda bina.
b. Tentukan bilangan soalan yang anda ingin uji dalam tempoh 1 jam.
c. Tentukan kata tugas yang sesuai digunakan bagi setiap soalan berdasarkan objektif pengajaran yang disenaraikan.
d. Sekiranya soalan jawapan dipilih, sediakan pilihan jawapan yang benar berserta empat pengacau yang berkesan.
e. Sekiranya soalan jawapan dibina, sediakan skema jawapan yang benar dan agihan markah.

4 Faktor Penentu Mutu Ujian

Keberkesanan sesuatu kertas ujian banyak bergantung pada mutu kertas ujian itu sendiri. Justeru, pembinaan kertas soalan bagi sesuatu ujian perlu dilaksanakan dengan teliti untuk menjamin mutunya dari segi kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability). Ujian dikatakan bermutu jika ujian itu sah dan boleh dipercayai. Sebagai alat pengukuran, sesuatu kertas soalan hendaklah gab, yakni berkemampuan mengukur apa yang hendak diukur, di samping boleh dipercayai, yakni dapat menghasilkan keputusan yang tekal (konsisten).

Faktor-faktor utama yang perlu diambil kira dalam proses pembinaan dan penyediaan kertas soalan yang bermutu adalah seperti yang berikut.




4.1 Kerelevanan

Ujian yang dibina hendaklah mengandungi soalan-soalan yang dipilih dengan teliti agar soalan itu dapat menguji apa yang hendak diuji. Relevan atau tidaknya sesuatu ujian yang dibina bergantung pada faktor sejauh mana ujian itu dapat menguji objektif sukatan pelajaran berkenaan. Kertas soalan yang relevan seharusnya dapat menguji objektif sukatan pelajaran.

4.2 Keseimbangan

Sesuatu ujian hendaklah mempunyai bilangan soalan yang ditentukan mengikut tajuk/subtajuk berdasarkan penekanan tajuk/subtajuk berkenaan dalam sukatan pelajaran. Lazimnya keseimbangan sesuatu ujian (terutamanya bagi ujian aneka pilihan) boleh dicapai dengan menggubal soalan mengikut kehendak Jadual Spesifikasi Ujian yang mengandungi maklumat tentang bentuk ujian, panjangnya ujian, jenis soalan, kandungan tajuk/subtajuk, aras kemahiran yang hendak diuji, bilangan soalan, dan peruntukan markah.

4.3 Keobjektifan

Semua soalan yang terkandung dalam sesuatu ujian hendaklah cukup jelas dan jawapan yang disediakan bagi setiap soalan hendaklah tepat. Bagi soalan aneka pilihan, semua pakar (penaksir soalan) dalam bidang yang diuji hendaklah bersetuju tentang jawapan yang betul (atau jawapan terbaik) antara pilihan jawapan (opsyen) yang diberikan oleh penggubal. Demikian juga, jawapan bagi soalan esei hendaklah diperakukan oleh semua pakar dalam bidang berkenaan.




4.4 Aras kesukaran

Soalan sesuatu ujian hendaklah mempunyai kesukaran yang sederhana, iaitu tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar. Aras kesukaran sesuatu soalan dapat dilihat daripada kadaran bilangan calon yang dapat menjawab soalan ill dengan belli. Julat aras kesukaran yang boleh diterima ialah 30%- 80%. fui bermakna bahawa setiap soalan hendaklah dapat dijawab dengan betul oleh sekurang-kurangnya 30% daripada calon yang menjawabnya dan selebih-lebihnya 80%. Soalan yang dapat dijawab betul oleh kurang daripada 30% calon dianggap terlalu sukar, manakala yang dapat dijawab belli oleh lebih daripada 80% calon dianggap terlalu mudah.

4.5 Diskriminasi

Soalan sesuatu ujian hendaklah dapat membezakan dengan jelas antara calon yang baik (tinggi prestasinya) dengan calon yang lemah (rendah prestasinya). Sesuatu soalan dikatakan mempunyai kuasa diskiriminasi yang baik apabila kebanyakan calon yang baik memilih opsyen yang betul manakala kebanyakan calon yang lemah memilih opsyen yang salah. Salah satu cara mengukur kuasa diskriminasi adalah dengan menggunakan rumus
D = U - L


D = indeks diskriminasi,
U = bilangan calon daripada kumpulan yang tinggi prestasinya yang menjawab soalan dengan betul,
L = billangan calon daripada kumpulan yang rendah prestasinya yang menjawab soalan dengan betul,
N = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan kumpulan rendah.

Bagi soalan aneka pilihan, soalan yang baik hendaklah mempunyai nilai D yang positif bagi jawapan dan nilai D yang negatif bagi semua yang bukan jawapan (distraktor).


Penilaian Sumatif
Sebahagian besar penilaian di institusi pengajian tinggi melibatkan ujian pensel dan kertas. Penilaian ini kebiasaannya membawa peratusan yang besar terutama bagi program pra siswazah. Peratusan yang diamalkan dalam penilaian sumatif kebiasaannya berada dalam lingkungan 50% – 70%. Pemberatan penilaian sumatif bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh fakulti. Bagi menghasilkan ujian sumatif yang bermutu yang berkualiti, lima langkah perlu diambil kira seperti berikut:

• Merancang ujian
• Menggubal soalan
• Memilih dan menyelaraskan soalan
• Memprauji soalan
• Menyediakan kertas soalan

Merancang Ujian

Proses yang penting dalam merancang ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Pada tahap ini, kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan pentingnya setiap tajuk/subtajuk dalam kandungan sukatan pelajaran berkenaan. Antara aspek yang perlu dianalisis termasuklah yang berikut:

a) Liputan dan dalamnya kajian yang dibuat bagi sesuatu tajuk
b) Pendekatan dalam mempelajari sesuatu tajuk
c) Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain
d) Bagaimana kompleksnya sesuatu tajuk
e) Masa pengajaran-pembelajaran yang perlu bagi sesuatu tajuk

Maklumat di atas penting kepada penggubal soalan kerana maklumat itu menentukan sifat ujian dari segi bilangan soalan yang perlu dimasukkan untuk setiap tajuk/subtajuk.

Di samping itu, analisis perlu juga dibuat terhadap objektif pendidikan yang diasaskan pada taksonomi pendidikan yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom. Huraian mengenai pelbagai tahap Taksonomi Bloom adalah seperti dalam Jadual 4.1.

Berdasarkan analisis inilah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dirangka. Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat kemahiran. JSU ini akan menetapkan bilangan soalan yang perlu diuji bagi setiap tajuk/subtajuk pada setiap peringkat kemahiran. JSU yang lengkap dibina akan menjadi panduan kepada penggubal soalan. Jika JSU dipatuhi dengan teliti, maka ujian yang dibina adalah:

a) sah dari segi kandungan sukatan pelajarannya,
b) stabil dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya dari setahun ke setahun,
c) sama dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya walaupun ujian dibina oleh orang yang berlainan.











Jadual 4.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

TAHAP ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan,
namakan, labelkan.
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,
tulis semula.

Penggunaan
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik
Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Penilaian Sumatif
Sebahagian besar penilaian di institusi pengajian tinggi melibatkan ujian pensel dan kertas. Penilaian ini kebiasaannya membawa peratusan yang besar terutama bagi program pra siswazah. Peratusan yang diamalkan dalam penilaian sumatif kebiasaannya berada dalam lingkungan 50% – 70%. Pemberatan penilaian sumatif bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh fakulti. Bagi menghasilkan ujian sumatif yang bermutu yang berkualiti, lima langkah perlu diambil kira seperti berikut:

• Merancang ujian
• Menggubal soalan
• Memilih dan menyelaraskan soalan
• Memprauji soalan
• Menyediakan kertas soalan

Merancang Ujian

Proses yang penting dalam merancang ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Pada tahap ini, kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan pentingnya setiap tajuk/subtajuk dalam kandungan sukatan pelajaran berkenaan. Antara aspek yang perlu dianalisis termasuklah yang berikut:

a) Liputan dan dalamnya kajian yang dibuat bagi sesuatu tajuk
b) Pendekatan dalam mempelajari sesuatu tajuk
c) Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain
d) Bagaimana kompleksnya sesuatu tajuk
e) Masa pengajaran-pembelajaran yang perlu bagi sesuatu tajuk

Maklumat di atas penting kepada penggubal soalan kerana maklumat itu menentukan sifat ujian dari segi bilangan soalan yang perlu dimasukkan untuk setiap tajuk/subtajuk.

Di samping itu, analisis perlu juga dibuat terhadap objektif pendidikan yang diasaskan pada taksonomi pendidikan yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom. Huraian mengenai pelbagai tahap Taksonomi Bloom adalah seperti dalam Jadual 4.1.

Berdasarkan analisis inilah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dirangka. Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat kemahiran. JSU ini akan menetapkan bilangan soalan yang perlu diuji bagi setiap tajuk/subtajuk pada setiap peringkat kemahiran. JSU yang lengkap dibina akan menjadi panduan kepada penggubal soalan. Jika JSU dipatuhi dengan teliti, maka ujian yang dibina adalah:

a) sah dari segi kandungan sukatan pelajarannya,
b) stabil dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya dari setahun ke setahun,
c) sama dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya walaupun ujian dibina oleh orang yang berlainan.


Penilaian Sumatif
Sebahagian besar penilaian di institusi pengajian tinggi melibatkan ujian pensel dan kertas. Penilaian ini kebiasaannya membawa peratusan yang besar terutama bagi program pra siswazah. Peratusan yang diamalkan dalam penilaian sumatif kebiasaannya berada dalam lingkungan 50% – 70%. Pemberatan penilaian sumatif bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh fakulti. Bagi menghasilkan ujian sumatif yang bermutu yang berkualiti, lima langkah perlu diambil kira seperti berikut:

• Merancang ujian
• Menggubal soalan
• Memilih dan menyelaraskan soalan
• Memprauji soalan
• Menyediakan kertas soalan

Merancang Ujian

Proses yang penting dalam merancang ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Pada tahap ini, kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan pentingnya setiap tajuk/subtajuk dalam kandungan sukatan pelajaran berkenaan. Antara aspek yang perlu dianalisis termasuklah yang berikut:

a) Liputan dan dalamnya kajian yang dibuat bagi sesuatu tajuk
b) Pendekatan dalam mempelajari sesuatu tajuk
c) Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain
d) Bagaimana kompleksnya sesuatu tajuk
e) Masa pengajaran-pembelajaran yang perlu bagi sesuatu tajuk

Maklumat di atas penting kepada penggubal soalan kerana maklumat itu menentukan sifat ujian dari segi bilangan soalan yang perlu dimasukkan untuk setiap tajuk/subtajuk.

Di samping itu, analisis perlu juga dibuat terhadap objektif pendidikan yang diasaskan pada taksonomi pendidikan yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom. Huraian mengenai pelbagai tahap Taksonomi Bloom adalah seperti dalam Jadual 4.1.

Berdasarkan analisis inilah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dirangka. Biasanya JSU terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat kemahiran. JSU ini akan menetapkan bilangan soalan yang perlu diuji bagi setiap tajuk/subtajuk pada setiap peringkat kemahiran. JSU yang lengkap dibina akan menjadi panduan kepada penggubal soalan. Jika JSU dipatuhi dengan teliti, maka ujian yang dibina adalah:

a) sah dari segi kandungan sukatan pelajarannya,
b) stabil dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya dari setahun ke setahun,
c) sama dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya walaupun ujian dibina oleh orang yang berlainan.











Jadual 4.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

TAHAP ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan,
namakan, labelkan.
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,
tulis semula.

Penggunaan
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik
Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Monday, July 20, 2009

TAKSONOMI DOMAIN KOGNITIF (BLOOM) DAN TAKSONOMI DOMAIN AFEKTIF (KRATHWOHL) (2/07/2009 Khamis)

TAKSONOMI DOMAIN KOGNITIF (BLOOM) DAN TAKSONOMI DOMAIN AFEKTIF (KRATHWOHL)

TAKSONOMI DOMAIN KOGNITIF (BLOOM) –Benjamin Samuel Bloom
1. Bidang kognitif : pengetahuan –fakta-fakta, pernagkaan, teori-teori, dan kefahaman.
2. Tujuan : membina pemikiran kreatif
3. Peringkat-peringkat bidang kognitif :
i. Pengetahuan
ii. Kefahaman
iii. Aplikasi
iv. Analisis
v. Sintesis
vi. Penilaian

Peringkat Pengetahuan
1. Tujuan : mengingat semula pelajaran yang telah dipelajari tanpa berlaku perubahan.
2. Objektif umum: supaya pelajar tahu fakta / pengetahuan
3. Objektif khusus : menyatakan , melabelkan, menuliskan

Kefahaman
1. Arasnya tinggi sedikit daripada aras pengetahuan
2. Perkara penting : menterjemahkan, memberikan tafsiran, ekstrapolasi.
3. Tujuan : memahami sesuatu bahan, menjelaskan dan menterjemahkan
4. Objektif umum :supaya memahami, menjelaskan, menterjemah, mentelaah
5. Objektif khusus : menjelaskan, menernagkan, menulis semula, merumus
6. Jenis : jelaskan , bacakan, bandingkan, ringkaskan

Aplikasi
1. Meggunakan pemgetahuan / maklumat mujarat (abstrak ) untuk menyelesaikan masalah yang berbentuk maujud (konkrit)
2. Objektif umum : menggunakan
3. Objektif khusus : menggunakan, menyelesaikan, mengira
4. Jenis : bagaimanakah , berikan
5. Menekankan penggunaan kaedah, hukum, prinsip dan teori.

Analisis
1. Merujuk kepada kebolehan menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.
2. Tujuan :
i. Menaakul sebab dan musabab (akibat)
ii. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahgian
3. Objektif umum : mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevanan fakta
4. Objektif khusus : Mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan menjelaskan struktur dan organisasi.
5. Contoh soalan :
i. Yang manakah antara berikut tidak menjelaskan kriteria dengan betul?
ii. Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja ?
6. Kosa kata yang digunakan
i. Bezakan, bandingkan , asingkan, tafsirkan, klasfikasikan
ii. Sebab. Mengapa?huraikan.
iii. Menaakul
iv. Mencerakinkan.











Sintesis
1. Menguji kebolehan calon mencantumkan , menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta/ idea-idea yang berkaitan
2. Tujuan : membentuk sesuatu yang baharu.
3. Objektif umum : menulis karangan , mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya.
4. Objektif khusus : menggabungkan, mengubah, mereka cipta, merancang, menulis, mencipta
5. Kosa kata yang popular digunakan : gabungkan, mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan, karangkan
6. Contoh :
i. Mencadangkan, senaraikan beberapa cara anda boleh mengatasi masalah itu.
ii. Mencipta, Huraikan satu perncangan yang boleh membuktikan.

Penilaian
1. Menguji kebolehan calon
2. Membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikan, memberikan pendapat sesuatu pernyataan dan sebagainya.
3. Tujuan : membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu
4. Objektif umum : menimbangkan nilai, ketekalan dan kecukupan data
5. Objektif khusus : menilai, membuat pertimbangan
6. Jenis : sejauh mana, menilaikan, apa pendapat anda
7. Contoh :
i. Beri pendapat anda mengenai cerita tersebut.
ii. Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah?








Taksonomi Domain Afektif (Krathwohl)
Bidang ini ialah mengenai perasaan, emosi, dan perkara yang kurang nyata dalam sesuatu mata pelajaran. Perasaan murid yang suka atau benci akan sesuatu mata pelajaran amat penting dalam pengajaran guru. Bidang ini tidak dititkberatkan di sekolah. Dengan itu, guru harus memupuk perasaan suka dan minat dalam kalangan murid dalam mata pelajaran yang diajarnya. Perasaan afektif seperti suka dan minat adalah lebih kekal dan mendalam kesannya daripada kebolehan kognitif.
Bidang afektif ini telah disusun oleh David R. Krathwohl,Benjamin S. Blom dan Bertam B. Masia. Berikut diturunkan kategori-kategori bidang afektif yang telah disusun secara berhierarki di dalam satu kontinum mengenai perkara-perkara afektif yang berlaku dalam diri murid.
Hierarki Kontinum afektif
1.0 Penerimaan (pemerhatian)
1.1 Kesedaran
1.2 Kesanggupan menerima
1.3 Perhatian yang terkawal atau terpilih
2.0 Membalas
2.1 Persetujuan pasif ketika membalas
2.2 Kesanggupan membalas
2.3 Kepuasan membalas
3.0 Menghargai
3.1 Penerimaan sesuatu nilai
3.2 Lebih suka akan sesuatu nilai.
3.3 Komitmen (kepercayaan)
4.0 Organisasi
4.1 Mengkonsepi sesuatu nilai
4.2 Mengorganisasi sesuatu nilai
5.0 Perwatakan oleh sesuatu nilai atai kompleks nilai
5.1 Set am
5.2 Perwatakan

Penerimaan (Pemerhatian)
Di peringkat ini, murid diberi rasa kesedaran mengenai adanya sesuatu fenomena dan rangsangan ; agar sanggup menerima dan memberi perhatiannya kepada fenenema, atau rangsangan itu. Ini ialah langkah yang terawal dalam sesuatu pembelajaran murid mengenai perkara-perkara afektif yang membawa kepada satu sistem nilai. Dalam situasi pembelajaran, murid-murid akan membawa bersama pendapat, atau setnya yang sendiri yang akan menghindari, atau mempercepatkan kesedarannya terhadap fenomena atau rangsangan itu.
Sebagaimana yang telah dikemukakan, kategori ini terbahagi kepada tiga, iaitu :
1. Kesedaran
2. Kesanggupan menerima
3. Perhatian yang terkawal, atau terpilih
Kategori-kategori ini adalah dalam satu kontinum, dari yang pasif, iaitu kesedaran oleh murid( dan tanggungjawab guru untuk menggerakkan kesedaran tersebut) hinggalah ke peringkat kesanggupan menerima fenomena, atau rangsangan itu, hingggakan murid dapat mengarahkan perhatiannya kepada rangsangan yang dipilihnya.
Membalas
Di peringkat ini, murid sudah ttidak lagi bertindak balas secara pasif. Murid bukan sahaja sedar, sanggup menerima , dan memberi perhatian kepada fenomena dan rangasangan yang diplilhnya, tetapi ia sudah bertindak balas secara aktif. Inilah langkah pertama dalam “pembelajaran dengan membuat” kerana murid mula memberi komitmennya (walaupun sedikit) kepada fenomena, atau rangsangan tersebut dengan cara membuat sesuatu mengenai fenomena, atau rangsangan tersebut.
Dalam penyelidikan objektif pengajaran di peringkat ini, guru biasanya menyatakan kemahuan murid melibatkan dirinya dalam mata pelajaran, fenomena, atau aktiviti dengan dorongan murid itu sendiri untuk mendapat kepuasan dari perbuatannya itu.
Kategori ini terbahgi tiga dalam urutan menaik, iaitu :
i. Persetujuan pasif dalam membalas
ii. Kesanggupan membalas
iii. Kepuasan membalas
Sebagaimana yang telah dinyatakan, perbuatan membalas rangsangan, atau fenomena itu bermula dengan persetujuan, atau secara pasif; yang diikuti pula dengan kesanggupan secara sukarela membalas rangsangan atau fenomena tersebut. Akhir sekali, di kategori ini murid akan dapat kepuasan, iaitu perasaan suka, gembira, atau seronok daripada tindak balasnya. Hierarki ini adalah menaik, iaitu dari persetujuan pasif ketika membalas hinggalah ke kesanggupan membalas setelah adanya kedua-dua ini barulah dapat wujud kepuasan membalas.



Menghargai
Apabila murid memberi nilai, atau menilai sesuatu benda, fenomena, atau tingkah, ia menghargai perkara-perkara. Ketika menghargai sesuatu sebenarnya murid menggunakan kriteria-kriteria yang ada sedia pada dirinya.
Di peringkat ini, tingkahlaku murid sudah stabil dan telah membentuk ciri-ciri keparcayaan, atau sikap. Di sini yang dipentingkan bukan perhubungan nilai-nilai yang dihargai, tetapi perihal menyebatikan nilai-nilai, atau ideal tertentu dalam diri.
Tingkahlaku menghargai, atau memberi nilai di peringkat ini adalah atas dorongan dirinya sendiri dan komitmen kepada nilai yang dihargainya.
Kategori ini terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu :
1. Penerimaaan sesuatu nilai
2. Lebih suka akan sesuatu nilai
3. Komitmen (kepercayaan)
Di tahap penerimaan sesuatu nilai; murid menentukan nilai sesuatu fenomena, tingkahlaku, benda dan sebagainya. Ciri yang diutamakan ialah kepercayaan. Kepercayaan di tahap ini masih belum mantap; malahan masih tentatif dan mudah berubah.
Di tahap ‘lebih suka akan sesuatu nilai’, murid sudah menaruh komitmen kepada sesuatu nilai sehinggakan ia mahu menurutinya,mencapainya dan mahukannya.
Di tahap komitmen pula, murid sudah mantap mengenai kepercayaan dan tidak ragu-ragu lagi kepada kepercayaan tersebut. Kepatuhan dan kesetiaan kepada sesuatu kedudukan, kumpulan, atau kepercayaan adalah termasuk dalam tahap ini. Di tahap ini, murid akan melibatkan dirinya untuk mendukung kepercayaan tersebut.
Seperti kategori-kategori lain, tahap-tahap ini adalah dalam urutan menaik, dari rendah menuju ke tinggi, dan keadaan di tahap tinggi memerlukan adanya tahap rendah sebelumnya.

Organisasi
Setelah murid memberi komitmen dan percayakan sesuatu, sudah tentu ia akan menemui keadaan yang menemui keadaan pertimbangan lebih daripada satu nilai. Dengan itu, murid perlu :
a) Mengorganisasikan nilai-nilai kepada satu sistem
b) Menentukan perhubungan di antara niali tersebut.
c) Mewujudkan nilai-nilai penting dan yang kurang penting
Kategori ini merupakan unsur-unsur pertama dalam pembentukan sesuatu sistem niali. Kategori ini dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu :
1. Mengkonsepi sesuatu nilai
2. Mengorganisasikan sesuatu sistem nilai.
Tahap mengkonsepkan sesuatu nilai adalah perkara abstrak, dan dengan itu simbolik, sama ada dalam bentuk lisan atau bukan lisan. Tahap mengorganisasikan sesuatu sistem nilai pula memerlukan murid meyatukan beberapa nilai kompleks yang mungkin berbeza-beza, dan kemudian mengaturkan dan menghubungkan yang satu dengan yang lain.

Perwatakan oleh sesuatu nilai atau kompleks nilai
Di peringkat ini, nilai-nilai yang telah dibentuk dalam diri murid sudah mendapatkan kedudukan tertentu, sudah disusun dalam satu sistem yang tidak berubah-ubah, dan telah mengawal tingkahlaku murid. Sesuatu tingkahlaku akibat daripada mematuhi sistem nilai ini tidak menimbulkan rasa hati lagi, kecuali jika murid itu tercabar mengenai kepercayaannya.
Kategori ini dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu :
1. Set am
2. Pencirian
Di tahap set am, pengawalan am tingkahlaku murid yang begitu menyeluruh mengakibatkan dirinya dikenai sebagai seorang yang dikawal tingkahlaku oleh kepercayaan, atau prinsip tertentu, dan akan mematuhi kepercayaan , atau prinsip tersebut. Kemudian, di tahap yang tertinggi dalam domain afektif ini, seseorang itu sudah sebati dan dikuasai oleh kepercayaan idea dan sikap tertentu, sehinggakan ciri-ciri kesemua ini membina falsafah hidupnya, atau pandangan dunia bagi dirinya.

PERBEZAAN ANTARA PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN (23/06/2009).

Jenis Perbezaan

Perkara

Pengujian

Pengukuran

Penilaian

Pengertian

Proses menentukan merubah tingkah laku

Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan antara pelajar.

Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran.

Tujuan

Menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu pembelajaran.

Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran.

Memberi maklumat mengenai pencapaian pelajar, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.

Kegunaan

Untuk menempatkan pelajar-pelajar dalam kumpulan yang sesuai.

Untuk pengelasan, pensijilan dan menempatkan pelajar dalam jurusan yang sesuai dan untuk penyelidikan.

Untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesahan punca kelemahan dan membuat ramalan.

Bentuk

Pemerhatian, ujian, lisan dan bertulis.

Ujian bertulis dengan markah dan gred.

Jadual/ gred berdasarkan teknik perangkaan.

Masa

Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran.

Selepas beberapa pelajaran.

Sebelum, semasa dan selepas satu atau beberapa pelajaran.

Proses pelaksanaan

1. Persediaan ujian

2. Pentadbiran

3. Pemeriksaan

1. Proses pengujian

2. Merekod markah/ gred

1. Proses Pengukuran

2. Proses Penganalisisan

3. Proses Interprestasi

4. Melapor

5. Tindakan